Maklumat Syarikat

Suhaini bin Mohammad


Kajian saya menerusi program Doktor Falsafah Universiti Teknologi Malaysia meneroka “Keagongan Tamadun Alam Melayu” mendapati Melayu ialah bangsa manusia agong yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Dalam laman ini saya hanya akan menjurus kepada kaedah perubatan Melayu silam sebagai penawar segala penyakit. Seorang tokong Melayu silam ialah Sheikh Ahmad Al-Fatani yang mengusai 47 bidang ilmu termasuk perubatan. Antara karya agong beliau ialah Hadiqatul Azhar Warrayahin.

Beliau telah menggunakan madu lebah sebagai bahan asas yang ditapaikan (fermentasi) menurut kedudukan paksi bumi, matahari dan bulan berdasarkan geometri molekul (Molecular Geometry) .“Molecular geometry influences several properties of a substance including its reactivitypolarityphase of mattercolormagnetism and biological activity

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” Surah Lebah ayat 69

Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w bersabda: “Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”. 

“Tak lapok dek zaman, tak lekang dek panas”

Penapaian(fermentasi) menurut Sheikh Ahmad Al Fatani adalah berdasarkan angka 1669 sesuai dengan Surah Lebah iaitu surah ke 16 dan ayat mengenai penawar penyakit ialah ayat ke 69. Ia melibatkan nisbah air dan madu lebah, tempoh mencampur dan tempoh peraman. Bagi rawatan penyakit pula, terdapat waktu waktu yang serasi merujuk kepada waktu Solat kerana setiap waktu mempunyai cahaya tersendiri dan berkait rapat dengan struktur badan dan organ manusia.

Bermula secara homemade dan diuji kepada beberapa pesakit kronik selama 6 bulan dan akhirnya kami menjalankan pemprosesannya dengan mesin semi-otomatik. Kami menjenamakannya sebagai SiHulk yang bermaksud kebenaran kerana ia selari dengan perkembangan sains dan petua perubatan walau telah dilakukan lebih 100 tahun yang lalu. 

Kami menjadikan “The Malay’s Unrevealed Formulation” sebagai tema pembungkusan bagi mengenang jasa Sheikh Ahmad Al Fatani sebagai ulama Melayu unggul. Sempena dengan geometri molekul, kami memilih isi kandungan 324 ml sebotol dengan ketinggian botol sesuai dengan saiz kotak yang diisi dengan 10 botol bertepatan dengan sudut unggul dunia (Golden Ratio), 1:1.618

“Si kerdil berimpian besar”

Exceptional
Exploration of options which drives right and the simplest decision
Finishing
Ensure of the delivery of determined goals
Engagement
Constant communication in ensuring people involvement
Professional
Effort, commitment and endurance to serve client at the level best

Social Responsibility
Ethical practice, rules obedience and promote integrity

Nusaraya Resources Sd. Bhd. (1004021-U) ditubuhkan pada 30 Mei 2012 sebagai syarikat perunding kepada pelabur luar negara dan tempatan sempena pelancaran Iskandar Malysia dengan modal berbayar RM1.0 juta. Kami terlibat secara langsung dalam bidang hospitaliti dan pendidikan yang berpusat di Pandan City, Johor Bahru.

Dalam masa yang sama kami menjalankan penyelidikan makanan organik dengan kerjasama Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan Universiti Teknologi Malaysia. Setelah hampir 5 tahun kajian dan ujian, kami akhirnya membuka kilang pemprosesan minuman pada 31 Mac 2017. Luas lantai 6,000 kaki persegi kami manfaatkan dengan pejabat, makmal dan pengeluaran secara semi otomatik. 

Suhaini Mohammad anak kelahiran Kelantan yang membesar di Johor Bahru sudah beristeri dan mempunyai 2 cahaya mata, dan selamat menunaikan fardhu haji pada tahun 2017. Beliau dibesarkan dalam keluarga serba kekurangan yang mampu menempatkan diri di sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Kelantan. Beliau meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia  dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains & Komputer serta Pendidikan pengkhususan fizik.

Beliau memulakan kerjaya di dalam bidang perindustrian dan logistik selama 15 tahun sebelum mula berjinak jinak di dalam bidang perniagaan. Beliau juga telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Teknologi MARA. Dan kini masih lagi meneruskan pengajian di peringkat doktor falsafah di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia – “Melayu Bangsa Manusia Agong“.

Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On Youtube