WARNA DAN FREKUENSI

WARNA DAN FREKUENSI

Warna terhasil daripada frekuensi gelombang sinaran matahari. Frekuensi ialah unit ukuran bagi gelombang iaitu bilangan pusingan dalam 1 saat. Contohnya 50 Hz (Hertz) ialah 50 kitaran seperti kitaran arus elektrik dalam masa 1 saat.

Dalam sehari semalam setiap tempat di bumi diselubungi dengan frekuensi gelombang cahaya matahari yang berbeza bergantung kepada kedudukan matahari.

Umpamanya jika mata kita disuluh tepat ke dalam mata, maka kita akan silau yang melampau sehingga gelap pandangan seketika. Lain pula jika disuluh pada sudut yang serong di mana silaunya berkurangan.

Begitulah juga dengan suluhan pancaran cahaya matahari ke bumi berbeza pada waktu pagi, petang dan malam.

Dalam Islam waktu Solat dipilih berdasarkan warna cahaya matahari di satu satu tempat.

1. Warna putih – Solat Sunat Istawa
2. Warna kuning – Solat Zuhur
3. Warna jingga – Solat Asar
4. Warna hitam – haram solat (12 minit sebelum Maghrib)
5. Warna merah – Solat Maghrib
6. Warna biru tua – Solat Isyak
7. Warna ungu – Solat sunat Tahajjud
8. Warna biru – Solat Subuh
9. Warna kelabu – haram solat 12 minit selepas Subuh
10. Warna hijau – Solat Sunat Dhuha

Hitam dan kelabu bukan terbit daripada cahaya matahari tetapi kedua duanya ialah bayang kepada cahaya matahari.

Frekuensi tertinggi ialah warna ungu diikuti biru tua, biru, hijau, kuning, jingga, merah dan yang paling rendah ialah hitam selepas kelabu.

Badan manusia normal mengandungi 7 warna dan berbeza dengan haiwan atau tumbuh tumbuhan, oleh kerana itulah manusia ialah sebaik baik kejadian yang diciptakan Tuhan.

Warna ini berbeza pada anggota badan manusia yang diukur jaraknya sejengkal antara satu dengan yang lain.

Warna ungu – ubun ubun
Warna biru tua – kepala iaitu dari ubun ubun hingga atas bibir (jaraknya sejengkal)
Warna biru – atas bibir hingga ke pertemuan tulang rusuk kiri dan kanan paling atas (jaraknya sejengkal)
Warna hijau – tulang rusuk atas hingga ke ulu hati (jaraknya sejengkal)
Warna kuning – ulu hati hingga pusat (jaraknya sejengkal)
Warna jingga – pusat hingga ke kemaluan (jaraknya sejengkal)
Warna merah – kemaluan

7 tempat di badan manusia ini sangat kritikal dan bileh mengundang maut jika dicederakan tepat pada tempatnya.

7 warna pelangi melibatkan 5 waktu Solat Wajib dan 2 Solat Sunat.

Warna Ungu (tahajjud) dan Hijau (Dhuha) boleh dilakukan tanpa had bilangan rakaatnya. Tahajjud ialah akal yang tiada had pemikirannya dan Dhuha ialah jiwa pun tiada had perasaannya. Hijau ialah proses fotosintesis yang tiada had manakala ungu ialah proses respirasi yang juga tiada had.

Solat Subuh 2 rakaat sahaja kerana waktunya pertemuan malam dan siang. Selepas subuh diharamkan solat sunat ba’diah kerana warna selepas Subuh ialah kelabu. Organnya saluran pernafasan yang melibatkan 2 saluran; nafas dan makanan sama dengan 2 rakaat solat subuh.

Solat Zuhur 4 rakaat kerana terdapat 4 organ di dalam perut manusia, hempedu, limpa, pankreas dan hati. Atau 4 paksi arah utara, selatan, timur dan barat.

Solat Asar 4 rakaat kerana 2 jenis usus besar dan kecil dan 2 biji buah pinggang. Atau 4 musim bagi negara matahari condong; musim panas, bunga, luruh dan sejuk. Selepas Asar diharamkan solat ba’diah kerana menghampiri warna hitam.

Solat Maghrib 3 rakaat kerana kemaluan ada 3 jenis. Dubur 1 liang dan 2 liang pada kubul.

Solat Isyak 4 rakaat kerana tengkorak terbahagi kepada 4 bahagian.

Warna kelabu mewakili warna jin manakala warna hitam mewakili warna perbuatan jin.

Kesemua 7 warna ini juga diterjemahkan kepada 7 hari seminggu

Jumaat – Ungu
Khamis – Biru Tua
Rabu – Biru
Selasa – Hijau
Isnin – Kuning
Ahad – Jingga
Sabtu – Merah

Jadi pengamal SiHulk sebaik baiknya minum SiHulk menurut warna warna organ yang bermasalah kerana SiHulk juga mengandungi 7 warna hasil ekstrak madu lebah.

Umpamanya minum SiHulk dalam waktu Zuhur bagi pesakit kencing manis kerana kedudukan pankreas di bahagian perut. Pada waktu ini frekuensi mikrob SiHulk berwarna kuning yang mampu mengaktifkan pankreas yang memerlukan frekuensi warna kuning.

Warna SiHulk terhasil daripada frekuensi yang dikeluarkan oleh mikrob. Di mana mikrob ini menerima frekuensi daripada warna cakerawala.

Dalam Islam, Quran menyatakan madu lebah mengandungi warna yang berbeza beza setelah diproses menurut kaedah kaedah tertentu menerusi kajian kritis (surah lebah ayat ke 69).

4 thoughts on “WARNA DAN FREKUENSI

    1. Bagi ahli Spiral Signature anda boleh memasukkan jin ke dalam botol kosong SiHulk dengan memerintahkannya:

      “Bangsa lautan bangsa daratan, beralih kamu ke dalam botol SiHulk ini dengan pesanan wali dan karamah melalui sanad Suhaini bin Mohammad menerusi guru gurunya sehingga sampai kepada Nabi Muhammad SAW.”

      Hentak botol tersebut dan tutup untuk dibuang ke Laut Merah menrusi sungai atau parit yang mengalir airnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On Youtube
SiHulk

FREE
VIEW